Pages

1/03/2011

Mancing


Sekarang ni gua dah tak rajin main blog macam dulu dah sebab tepengaruh dengan kaki-kaki pancing yang menghasut gua. Seronok jugak memancing ni sebenarnya. Dapat merasai ketenangan yang tak dapat digambarkan apabila melihat alam ciptaan tuhan yang maha agung. Sekarang ni gua dah jadi kaki pancing yang amat hebat dan bertauliah..

11/27/2010

Sampah


Lol , sampah? Ada apa dengan sampah? Selain menjijikkan, apa lg yg hangpa pikiaq pasal sampah ni? Aku cuba berfikir dari sudut2 manusia yg lain bila berhadapan dgn sampah ni. Ok,cmnie :

1. Org biasa 1 , " Tulah. Majlis Perbandaran xbuat keja,goyang kaki ja, xmau angkut sampah ni"
2. Org biasa 2 , "Oh my God, pengotoq sungguh penduduk taman tu, main baling smpah cmtu je"
3. Org bisnes , " Hmmm,, boleh buat duit ni, aku boleh tubuh syarikat angkut sampah, untung, kaya aku cmnie"
4. Org politik , " Yes, aku boleh menang kalau bertanding kt kawasan ni, aku boleh bekempen dan mampu selesai sampah sarap ni utk tarik pehatian pengundi.

Tu sebahagian daripada yg aku fikirkan. Bagaimana sampah yang menjijikkan mampu memberi pelbagai persepsi kepada setiap individu. Kutukan, cacian, duit, kuasa , semuanya boleh diperolehi daripada sampah. So, jgn pandang rendah kt smpah laa..

p/s : Sampah masyarakat leh wat duet x? Lolz

11/11/2010

Uji Bakat 2

Along :Mak,mak, Along dah hantar laa video klip along ni utk uji bakat.
Mak : Video klip apa tu long?
Along : Klip video along la. Along belakon sendiri tu mak.
Mak : Ish, ish,,, xsangka anak-anak mak ni pandai2 dan bebakat semuanya. Tolak si Luffy tu. Tgk adik kau Faiz tuh,,berbakat menyanyi. Hg ni, boleh jd pelakon,ntah2 leh jd pengarah nnt. Glamer glamer...
Along : Alah, si Luffy tu ketinggalan zaman la mak. Ni zaman teknologi, mana ada main ngaji2 lagi. Artis xpa, ustaz? No way !
Mak : Ala, jd artis pun rezeki halal gk pa. Jnj hg xmencuri merompak ,sudah..
Along : Ha,btol2..Ni along nk ckp kt mak ni. Along nk mnx duit sket.Nak hntr CD Burning video klip along ni. Nak convert jd avi plak,, Senang sket syarikat tu nk pilih.
Mak : Syarikat apa long? Luncai Emas? KRU?
Along : Xlah mak..Ni....kedai tepon bimbit tu. Kalau lakonan along bagus, along dpt royalti utk setiap downloading.
Mak : Ooo..mcm artis jugak lah ye? Kena bayar royalti? Wow! Kaya kita nnt long..
Along : Tu mak jgn risau, ada duit along bg kt mak k? Skrg ni mak bg la pnjm duit sket..
Mak : Yelah yelah..Eh along, bg la mak tgok video klip hg tu. Cntk ke x? seksi ke x? Kalau xckp seksi, kita tmbh poweerrr lg..
Along : Ish,,,xmolah mak..Along malulaaa..
Mak : Malu apa nya plak? Bukan org lain,mak je..
Along : Dlm klip tu along seksa sket.
Mak : Xpa xpa,mai mak nk tgok.. Seksi2 tu mak xkisah, itu kn asam garam kehidupan seorg artis..Biasaaaa bro..
Along : Xmo la mak, malu..
Mak : Cita apa yg hg belakon smpai malu sgt ni?
Along : Alaaa,,cita filem biru lah mak.
Mak : Filem biru ? Filem apa tu along?
Along : Alah mak ni, itu cita remaja lah mak. Org tua2 mcm mak xleh tgok..
Mak : WTH ??

p/s : Nauzubillah,,, didiklah anak2 anda menjadi insan yg diredhai oleh Allah

Uji Bakat 1

Faiz : Mak, mak, faiz tepilih masuk uji bakat taw !
Mak : Uji bakat apa tu faiz?
Faiz :Uji bakat nyanyi la..
Mak :Ooo,,ya ka? Syukur alhamdulillah. Bakat faiz x sia-sia. Nanti faiz nyanyi btol2 tw, Kot2
nnt dah besaq leh jadi popular macam Mawas.
Faiz : Mak suke?
Mak : Mesti la suka. Bertuah perut mak ngandungkan faiz. Nanti mak baca yasin bagi faiz
menang audition tu k?

Hari berikutnya....

Luffy : Mak,mak, luffy pun dapat masuk audition la mak.
Mak : Ya ka? Audition yg mana? Yg Mentos tu ke? Ish,,xbagus la audition tu. Artis dia x ke mana. Kenapa xmintak Akademi Fulus tu?
Luffy : Bukan tu la mak. Ni audition lain.
Mak : Takpelah Luffy, audition lah apa-apa pon. Asalkan leh jadi popular macam Mawas. Xpon, mcm Dafit pon dah okay. Leh mak tumpang glamer, tmpg senang..Syukur alhamdulillah anak-anak mak berbakat semua. Tengok adik kau tu. Kecik2 pun dah boleh masuk studio nyanyi.. Studio apa ntah? Bintang Kecik? kan elok tu. Kecik2 dah org kenal,besaq nnt mesti pop giler..
Luffy : Alah adik tu,,,,kat umah, kt skola elok ja pakai tudung. Atas stage tu bukak. Mak suke ke cm2?
Mak : Aisyyy.. nk jadi artis pakai tudung litup mana laku? Tengok si Helizah,, x jadi juara gk..Yg seksi giler tu gak yg menang. Eh,yg hg ni mengata kt org, yg hg ni nk p audition pakai serban ka?
Luffy : Xlah smpai pakai serban mak..Tp tetap pakai sopan..
Mak : Lahh,,ni audition apa pakai sopan2 cmni ni??
Luffy : Insya Allah mak,,ni bukan audition nyanyi.
Mak : Abeh tu, audition apa?
Luffy : Ni audition Mai Mengaji lah mak.
Mak : Uishh,, x glamer lgsg..dah dah. Xyah masuk. Hg mengaji ja kt umah,,xyah masuk audition.
Kalau hg masuk Akademi Fulus mak bg la..
Luffy :Lolz?

5/18/2010

Mahalnya Buku Bahasa Inggeris!


Melangkah ke mana-mana kedai buku tempatan, kita tentu dihidangkan dengan pelbagai jenis buku Bahasa Inggeris dalam kategori fiksyen mahupun bukan fiksyen. Macam manapun, aku percaya mesti ramai sakit hati bila tengok buku yang dijual itu harganya setiap satu sekitar RM50- hampir 10 kali ganda kos lauk makan tengah hari kita kat kafe.

Ini menjadi isu bahawasanya buku Bahasa Inggeris merupakan barangan mewah, jadi bukan semua lapisan masyarakat mampu memilikinya; lagi-lagi kepada individu yang berpendapatan rendah dan para pelajar yang mengharapkan duit dana.

Macam mana perkara ini boleh berlaku apabila setiap hari kerajaan mendesak rakyat menyelak buku untuk menambahkan ilmu, tapi harga lazim sesebuah buku itu jauh berlipat kali ganda dari duit poket seorang kanak-kanak dalam masa seminggu?

Jelas ini bercanggah dengan dasar kita untuk membaiki piawaian pendidikan Bahasa Inggeris di Malaysia.

Apabila menyuarakan hal ini kepada teman-teman aku minggu lepas, ramai yang berkata, "Alah,belilah buku di Pay Less Books." Atau, "Kedai buku second-hand kan banyak?" Kalau betul pun, adakah ini saja tahap kita- beli buku terpakai? Kenapa kita tak boleh beli buku yang baru keluar di pasaran? Adakah situasi ini perlu berlaku di dalam sesebuah negara yang sedang membangun seperti Malaysia?

Aku berharap, ejen-ejen jualan di luar sana, ahli parlimen serta rakyat Malaysia dapat menghapuskan segala cukai yang dikenakan ke atas buku-buku luar; kurangkan harga pasaran, biar ia sesuai dengan standard kehidupan negara ini. Jadikan buku Bahasa Inggeris mudah diperolehi oleh semua; tak kisahlah yang kedana,yang sederhana, ataupun yang kaya-raya.

Sesungguhnya, pembelajaran itu adalah hak dan bukannya keistimewaan sesiapa.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...