5/18/2010

Mahalnya Buku Bahasa Inggeris!


Melangkah ke mana-mana kedai buku tempatan, kita tentu dihidangkan dengan pelbagai jenis buku Bahasa Inggeris dalam kategori fiksyen mahupun bukan fiksyen. Macam manapun, aku percaya mesti ramai sakit hati bila tengok buku yang dijual itu harganya setiap satu sekitar RM50- hampir 10 kali ganda kos lauk makan tengah hari kita kat kafe.

Ini menjadi isu bahawasanya buku Bahasa Inggeris merupakan barangan mewah, jadi bukan semua lapisan masyarakat mampu memilikinya; lagi-lagi kepada individu yang berpendapatan rendah dan para pelajar yang mengharapkan duit dana.

Macam mana perkara ini boleh berlaku apabila setiap hari kerajaan mendesak rakyat menyelak buku untuk menambahkan ilmu, tapi harga lazim sesebuah buku itu jauh berlipat kali ganda dari duit poket seorang kanak-kanak dalam masa seminggu?

Jelas ini bercanggah dengan dasar kita untuk membaiki piawaian pendidikan Bahasa Inggeris di Malaysia.

Apabila menyuarakan hal ini kepada teman-teman aku minggu lepas, ramai yang berkata, "Alah,belilah buku di Pay Less Books." Atau, "Kedai buku second-hand kan banyak?" Kalau betul pun, adakah ini saja tahap kita- beli buku terpakai? Kenapa kita tak boleh beli buku yang baru keluar di pasaran? Adakah situasi ini perlu berlaku di dalam sesebuah negara yang sedang membangun seperti Malaysia?

Aku berharap, ejen-ejen jualan di luar sana, ahli parlimen serta rakyat Malaysia dapat menghapuskan segala cukai yang dikenakan ke atas buku-buku luar; kurangkan harga pasaran, biar ia sesuai dengan standard kehidupan negara ini. Jadikan buku Bahasa Inggeris mudah diperolehi oleh semua; tak kisahlah yang kedana,yang sederhana, ataupun yang kaya-raya.

Sesungguhnya, pembelajaran itu adalah hak dan bukannya keistimewaan sesiapa.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...